Episod Apa Kata Yaya

Video Apa Kata Yaya yang pertama dimuat naik ke YouTube pada tahun 2011 melalui saluran lama, animonstamedia. Video ini kemudian dikemas kinikan dengan wajah baru pada watak-watak berkenaan dan dimuat naik semula dalam YouTube melalui saluran yang baru, Mini Monsta (dahulunya AnimonstaStudios) serta disiarkan di TV3 pada awal bulan Ramadan pada tahun 2013 dengan tajaan Kuwait Finance House.

TajukTarikh dimuat naikRingkasan
Elak Makan Makanan Ringan6 Julai 2011 (asal)

13 Julai 2013 (baru)

Gopal dengan bantuan BoBoiBoy menukarkan barang-barang terbuang menjadi keropok, gula-gula, coklat dan sebagainya, tetapi ditegah oleh Yaya yang berpesan kepada mereka akan mudarat makanan ringan kepada kesihatan. Akhirnya, gigi depan Gopal patah maka dia terpaksa bergegas untuk berjumpa dengan doktor gigi.
Pulangkan Barang Yang Dijumpai23 Jun 2013Gopal hendak membelanja kawan-kawannya makan dengan duit dari dompet yang dijumpainya di atas jalan, tetapi Yaya cepat menegurnya supaya pergi ke balai polis memulangkan semula dompet itu kepada pemiliknya.
Pentingnya SarapanGopal kurang bermaya menaiki tangga ke sekolah berbanding kawan-kawannya gara-gara tidak sempat bersarapan. Yaya memesankan betapa pentingnya sarapan untuk kecergasan badan.
Buat Baik Dengan HaiwanYaya dan Ying terjumpa seekor anak kucing yang terbiar dalam kotak di tepi jalan, tetapi kedua-duanya tidak dapat membelanya kerana dilarang oleh keluarga masing-masing. Akhirnya mereka membawa kucing itu ke sekolah dan menyeru kawan-kawan yang lain untuk mengumpul dana untuk menampung penjagaannya.
Jangan Potong Barisan13 Julai 2013Setelah mendengar pengumuman Makcik Kantin bahawa hanya tinggal tiga biji donat lobak merah, Fang tergesa-gesa memotong barisan untuk membolot semua donat yang tinggal. Setelah ditegur oleh Yaya akan perbuatan tamaknya, Fang akhirnya terjatuh dan semua donatnya masuk ke dalam lumpur.
Bersabar dengan Adik KecilToToiToy meminta Yaya untuk bermain mainan bersama tetapi Yaya meminta bermain setelah dia selesai membuat biskut (dengan bahan tidak wajar). Tetapi ToToiToy menconteng dinding dan Yaya memujuk ToToiToy untuk melukis di kertas sampai akhirnya Yaya dilukis bunga di mata Yaya.
Belajarlah Secara BijakBoBoiBoy, Gopal dan Iwan belajar berkumpulan untuk menjawab soalan-soalan susah, tetapi lama-kelamaan bertelagah hingga Iwan pun pengsan. Yaya mencelah dan memesan mereka supaya mendapatkan seseorang yang arif dalam matapelajaran berkenaan.
Utamakan KeselamatanTok Aba menjemput BoBoiBoy, Ochobot dan Yaya naik kereta ke taman. Dalam perjalanan, Yaya segera memesan kawan-kawannya untuk memakai tali pinggang keselamatan, tetapi Tok Aba membuat perjalanan dekat sebagai alasan hinggalah kereta nyaris terlanggar kucing.
Siapkan Kerja SekolahBoBoiBoy dan Gopal cemas kerana terlupa menyiapkan kerja rumah, tetapi setelah Ying tercicir buku latihannya, mereka mengambil kesempatan. Kesudahannya, mereka didenda kerana semua jawapan salah (kerana subjek buku berlainan).
Semangat Menabung18 Julai 2013BoBoiBoy dan Gopal tertarik dengan sebuah mainan kereta kawalan jauh baru di kedai, tetapi cepat hilang semangat dek harga mahalnya, hinggalah Yaya menunjukkan kereta belian sendiri berkat daripada duit simpanannya.
Menabung Dengan Cara Berjimat19 Julai 2013BoBoiBoy menahan lapar di kantin semata-mata demi 'semangat menabung'. Yaya menasihati BoBoiBoy supaya menabung secara berjimat supaya tidak menyeksa diri, iaitu mengikut resam "sikit-sikit lama-lama jadi bukit".
Episod Ramadhan1 Ogos 2013Yaya menegur BoBoiBoy yang berbuat letih-letih semata-mata kerana mengerjakan ibadah puasa.
Bersenam Jangan Tak Bersenam3 Ogos 2013Pada kelas pendidikan jasmani, Yaya menegur sikap Gopal yang malas bersenam, dan oleh itu cepat letih.
Ziarahi Orang yang Sakit5 Ogos 2013Yaya mengajak BoBoiBoy dan Gopal untuk menziarahi Ying yang jatuh sakit, dan BoBoiBoy mengusulkan untuk membawa buah tangan.
Tidur Pada Waktu SesuaiTok Aba mengejutkan BoBoiBoy untuk bangun dari tidurnya kerana "sudah lambat". BoBoiBoy pun bersiap untuk ke sekolah, tetapi rupanya yang dimaksudkan oleh Tok Aba ialah "nanti lambat nak solat maghrib berjemaah".
Tidurlah Awal6 Ogos 2013BoBoiBoy terlena di kelas kerana tidak cukup tidur, disebabkan oleh berjaga larut malam untuk menonton bola sepak.
Gunakan Duit Simpanan Dengan Cermat13 Ogos 2013BoBoiBoy mengumpul duit yang cukup untuk membeli permainan video "Papa Zola - Kebenaran di Lorong Kegelapan 2", tetapi akhirnya memilih benda lain demi memijat Tok Aba dengan duit yang ada.
Hargai Apa Yang AdaSambil bekerja di kedai, BoBoiBoy girang terkenang masa dia berkongsi main helikopter kawalan jauh dengan rakan-rakan sekolah. Tok Aba mengambil hati lalu memberi BoBoiBoy layang-layang edisi terhadnya.
Uruskan Masa Dengan Cermat4 September 2013BoBoiBoy dan Gopal rugi terlepas dari Funfair kerana menangguhkan kerja-kerja mengemaskan warung semata-mata demi melekakan diri dengan permainan video atau televisyen.
Gotong Royong Jaga KebersihanGigitan nyamuk terhadap Gopal mendorong BoBoiBoy dan kawan-kawan untuk membersihkan Taman Pulau Rintis yang kotor.
Tabung Simpanan5 November 2013Yaya memberitahu BoBoiBoy dan Gopal bahawa dia menyimpan duit di dalam dua tabung untuk dua tujuan berbeza.
Sentiasa Berlaku AdilBoBoiBoy, Gopal dan Fang merebut pembaris Papa Zola edisi terhad; Yaya memesan mereka supaya bergilir-gilir menggunakannya.
Bersedekah6 Mac 2014Yaya memesan tiga minuman dari Tok Aba, dua daripada itu untuk disedekahkan kepada golongan miskin.
Akui KesalahanGopal menyorok di dalam kedai Tok Aba untuk bersembunyi daripada ayahnya yang marah kerana terpecahkan cawan kesayangannya.
Jimat ElektrikBoBoiBoy terlena sambil terbiar peralatan elektrik pasang setelah puas mengemaskan rumah.
Cita-CitaPapa Zola menyemai semangat bercita-cita tinggi kepada kalangan murid-murid.
Selamat Hari RayaYaya mengajak kawan-kawan menikmati jamuan raya tanpa bersikap terlalu cerewet.